Friday, November 11, 2011

Andaiku tahu...


Andaiku tahu langit itu tak selalunya cerah,
Akanku siapkan diri ini sebuah payung untuk melindungi,
Andaiku tahu jalan yang lurus itu beronak duri,
Akanku persiapkan diri ini dengan kekuatan hati,
Agar tidak ku lemah,menerima semua ini,
 Andaiku tahu bunga itu akan layu,
Akanku siramnya,
Dan biarkan ia tumbuh segar , menyuburkan bumi ini..

Andaiku tahu angin itu bertiup kencang,
Akanku kirimkan rasa hati ini kepadamu,
Agar kau rasa, apa yang ku rasa
Andaiku tahu waktu ini kau sedang berduka,
Akanku  hadir, menghiburkan harimu..

Andaiku tahu kenangan itu akan berlalu,
Akanku dakap erat-erat waktu itu,
Kerana kutahu, ia akan terus berlalu,
Andaiku tahu kau akan melangkah pergi,
Akanku karangkan sebuah puisi buatmu,
Sebuah cerita, segalanya tentang kita..


LOVE,,

najhaizanim

Monday, November 7, 2011

MID-SEM break!!!

Yuhuu!!!!!!! It's a mid break!! holiday...holiday!! but just a week.. hurm,,oklah tu.. sekali cuti utk raya haji.. Lama sangatlah aku tak up-date blog ni..berhabuk dashboard aku..huhuhu... 

Anyway... sekarang pun aku sedang cuti pertengahan semester,, memang sangat-sangat dinanti oleh aku sebab.. AKU NAK CUTI!!!.. NAK BEREHAT!!! (ohh wow!! protes ke apa ni??).. 
Owh,,bukan protes..tapi siapa yang tak suka cuti kan?? Memang sebelum cuti tu aku busy sangat-sangat,,dengan mid-term,,kawad lagi,, presentation lagi.. aku lalui itu semua tanpa henti....

Sabtu-aku ada training kawad,, Petang Sabtu tu pula- Mid-term Arab,, Ahad- Training kawad lagi,, Isnin- Mid-term Personnel Public Administration,, Selasa-Mid-term Usul al-fiqh,, Rabu- kuiz Prophetic dgn Presentation Public Administration.. dan aku menghitung hari untuk bercuti...(dah cuti pun sekarang ni)..  

Muka yang dah rentung tu tak perlu nak cerita sangatlah.. Memang 'cantik menarik tertarik ku memang deboom'.. Kalau letak telur masa nak training tu...maka hanguslah telur itu seperti muka ku..Balik rumah,,aku di ejek oleh adik-adikku..Pasrah sajalah..hahahaha... Memang harapan tinggal impian jelah nak kembali cerah seperti selalu sebab lepas cuti ni aku ada training 3 hari berturut-turut... apa-apa pun,, stay cool ok??
SEMANGAT!!


Mid-term aku baru je selesai,, dah keluar pulaklah jadual final exam.. cepatnya dah keluar.. Aku bakal menghadapi peperiksaan 3 hari berturut-turut.. owh..hebat!!! 

Semester ni.. aku dapat rasakan gelombang menjadi seorang pelajar yang sangat sibuk mengalahkan Perdana Menteri..hoho...actually,, previous semester pun macam tu juga.. .hehehe..Mudah-mudahan aku dapat handle semua ini dengan baik.. Ameen.. 
Setiap kebaikan yang dilakukan..akan dipermudahkan oleh-NYA.. :)

P/S: Maaf sangat-sangat kepada kawan-kawan yang SMS nya aku lambat reply.. call tidak diangkat..hehehe.. It's a holiday guys.. HP aku mmg tak lekat dengan aku waktu cuti-cuti  ni..hehehehe