Saturday, January 28, 2012

BERBICARA TENTANG HATI..

Kadang-kadang,, mata kita bisa berbicara tentang segala yang terbuku dalam diri ini.. jikalau kita gembira,,sedih,,susah hati..matalah yang mampu berbicara untuk mengungkapkan apa yang terbuku dalam jiwa kita.. bukan setakat itu saja,,mata juga boleh memberikan syarat sekiranya kita jatuh cinta dengan seseorang itu. Wahh!!

Memang benar,isyarat mata tak boleh kita tipu. Kerana dari matalah turunnya ke hati. Dan apabila ianya sudah berada dihati,tak ada satu pun yang bisa menghalangnya. Oleh itu,, Awas!!! Kita perlu sentiasa menjaga pandangan kita kerana mata boleh menjadi sumber dosa untuk kita. Kerana mata boleh mendatangkan fitnah dan kerana mata jugalah iman kita boleh kurang.

Tipulah kalau kita kata dalam hidup ini, kita tak pernah sukakan seseorang. Tipu sangatlahkan??  Kalau hati dah berbicara ayat-ayat cinta, berbunga-bungalah rasa diri ni. Betul tak?? Hati takkan akan pernah menipu kita.. sebenarnya apa yang terbuku dalam hati itulah sebenarnya apa yang kita rasa..betul tak?? Tujuan aku menulis entri ini bukan untuk mengajak kalian semua bercintan-cintun..hanya untuk berkongsi rasa..haha..

Aku pernah terbaca satu artikel kat satu laman sesawang ni, ia bercerita tentang perasaan. Dalam laman tu,si penulis blog memberitahu sekiranya kita sukakan sesorang itu, adalah lebih baik jika kita tak memberitahu orang itu, kerana apabila orang itu tahu akan perasaan yang kita rasa, Allah akan mengurangkan perasaan kita itu. Lebih baik jika kita luahkan pada Allah dan perasaan itu biarlah dalam kesederhanaan dan keikhlasan. Mungkin ada hikmahnya, sebab Allah nak kita jauhkan diri kita dari maksiat dunia ini.. cuba bayangkan kalau perasaan yang dibuai rasa bunga-bunga cinta itu kita luahkan kepada orang yang kita suka tu,,apa jadi agaknya ye??

Tak salah kalau kita sukakan seseorang itu, asalkan ia tidak membawa kepada jalan kesesatan. Biarlah rasa itu terbit kerana Sang Pencipta yang Agung dan bukannya kerana hal-hal yang membawa kepada kejahilan. Sesungguhnya Allah itu adalah pemilik hati kita, mintalah padanya agar dia memberikan hati ini kepada orang yang selayaknya yang dapat membimbing kita ke jalan-Nya, dan orang yang menakluk hati ini kerana-Nya. Hati manusia ini perlu selalu dibimbing dan kerana hati jugalah dapat memberi  gambaran mengenai siapa diri kita yang sebenarnya.

Ya!! Memang benar.. apabila kita dah mula terasa suka pada seseorang itu, mata akan mula mencari-cari peluang untuk melihat dia. Dia macam mana hari ni?? Baik-baik aje ke?? Haish,, rasa macam tak keruan je bila tak dapat lihat dia?? Jika begitulah yang kita rasa, seeloknya kita meminta pada Yang Esa untuk menjaga dia. Kita yang tak halal untuk dia ni tak layak untuk berbuat sedemikian..sebab ada yang paling layak. Tapi sekiranya hati kita sangat tersentuh melihat dia waima terdengar nama dia sekalipun,, berdoa saja pada Allah agar  dia sentiasa dilindungi dan diredhai oleh-Nya.

Kadang-kadang bila  kita terserempak dengan orang yang kita suka, kita jadi sangat malu. Kalau boleh nak lari je bila nampak dia..hehehe.. adess,, susah juga bila kita jarang sekali ada perasaan macam ini kan? Aku tak adalah meletakkan rasa ini terlalu tinggi dalam hidup sebab ada banyak lagi urusan penting yang perlu aku lakukan dalam hidup ini.

Ada waktunya kita terpaksa buat-buat seolah kita tidak mengerti apa yang cuba seseorang itu sampaikan pada kita. Sebab apa??sebab belum waktunya untuk semua itu dan sebab terlalu hormatkan orang itu sendiri. Pernah juga terjadi apabila ada sahabat sendiri meluahkan perasaan dia, aku menjadi kaku dan aku menangis. Aku tak mahu dia terjebak kepada perkara yang tak pasti kerana takut apa yang dia mahukan itu bukan takdirnya dan akhirnya dia kecewa. Pengakhiran cerita, aku menjauhkan diri darinya. Bukan aku kejam,,tapi aku turutkan kata hati.

Nak dijadikan akhir cerita, bila tiba waktu dan saatnya,, Allah pasti akan memberi rasa itu pada kita. Semua itu adalah kerja-Nya kerana Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Boleh jadi apa yang kita suka itu sebenarnya tidak baik untuk kita. Berdoalah pada Allah agar sentiasa dipelihara hati kita.Ameen 

Friday, January 27, 2012

KAMUS MARKALISTIK

cha'a yang lukis.. nice!!!


Aismotistik (n.)
`Ais krim + comot + Markalistik
`Orang yg makan ice cream dengan comotnya.
`e.g: Adam

Alimadam
 (n.)
`Alim + Adam
`Seseorang yg ajak orang lain solat berjemaah / Adam versi 'baik'.
`e.g: Adam

Catism
 (n.)
`Cats + (-ism)
`Seseorang yang sangat gerun dengan kucing.
`e.g: Anis yg x abes2 buat status FB psl kucing serang dia.

Clickuter
 (n.)
`Click + komputer
`Org yg nak escape presentation, jadinya task dia hanya klik slides.
`e.g: Naj

Fictionulis
 (n.)
`Fiction + tulis
`Orang yg ske tokok tambah dlm fiksyen2 Anis dlm class.
`e.g: Cha'a

Foreignat
 (n.)
`Foreigner + peminat
`Orang yang taste foreigner je. Local guys taknak.
`e.g: Anis

Foreignter
 (n.)
`Foreigner + presenter
`Foreigner yg tak datang group discussion tapi masa present, gaya mcm dia yg paling byk buat kerja.
`e.g: Foreigner group Naj.

Geladam
 (n.)
`Gelak + Adam
`Orang yg setiap apa yg Adam ckp, dia akan gelakkan.
`e.g: Naj

G-walk
 (adv.)
`Gangster + walking
`Jalan macam gangster mentang2la dia president.
`e.g: Adam

Markalistik (adj. / n.)
`Markah + materialistik
`Orang yang gila markah
`e.g: Literally, Anis. Technically, Cha'a, Azmi, Naj, & Adam.


Menagiter
 (n.)
`Menagih + presenter
`Orang yg menagih eye contact presenter.
`e.g: Azmi

Notapiler
 (n. / adj.)
`Nota + compiler
`Orang yg gemar compile nota tapi tak bagi2 pun kat classmates.
`e.g: Adam

Notashy
 (adj.)
`Nota + shy
`Masa present, dia baca nota je.
`e.g: Sesiapa yg terasa*

Poligistik
 (n.)
`Political Science suami + Poligami + Markalistik
`Orang yg memberi sokongan penuh jiwa dan raga kpd poligami.
`e.g: Adam

Postmadam
 (n.)
`Post (after) + madam
`Classmates yg sepanjang semester, tak pernah dtg before madam masuk class.
`e.g: *tak perlu ckp, semua pun tahu.

Premadam
 (n.)
`Pre (before) + madam
`Orang yg dtg class before madam, dan jugak blah before madam masuk class.
`e.g: he he heehee

Presengil
 (n.)
`Present + gigil
`Orang yg nak volunteer present tapi takut sgt last2 tak present pun.
`e.g: Cha'a

Pretenham (adj.)
`Pretend + faham
`Sifat audience yang bajet faham dgn apa yg di-present.
`e.g: Budak class.


Presenisme
 (n.)
`Present + -isme
`Ideology yg bhw perlu kelihatan bongkak bila present.
`e.g: Adam

Reklove
 (n.)
`Reka + love
`Orang yg suka reka2 love story dlm class.
`e.g: Anis

SeKFCmirer
 (n.)
`Secret + KFC + admirer
`secret admirer 'KFC'
`e.g: Naj

Shutalistik
 (n.)
`Shut up! + Markalistik
`Isteri (ahli Markalistik) yg 'shut up!' kat suami dia.
`e.g: Cha'a

Slidistik
 (adj.)
`Slides + materialistik
`orang yang asyik baca slides ketika present
`e.g: Sesiapa yg terasa*

Specatah
 / Specatache (n.)
`Spectacles + patah
`Orang yg tak datang class sebab specs patah.
`e.g: Adam

U'ollistik
 (n.)
`U'ols + Markalistik
`Orang yg tak habis2 sebut,
 U'ols.
`e.g: Naj

Victiment
 (n.)
`Victim + assignment
`Mangsa assignment.
`e.g: Naj.

Victimote
 (n.)
`Victim + note
`Mangsa nota
`e.g: Anis
P/S-> Copyright from Cha'a's blog..thanks so much dear..hehehehe.. semua ini sekadar suka-suka..tiada niat untuk merosakkan bahasa.. :)


GENG MARKALISTIK!!!

Hoooyeah!!!Hoooyeah!!! agak lama aku tak up-date blog ni.. waktu cutilah baru aku berkesempatan nak up-date nih..hehehehe.. ok,,kali ni aku nak memperkenalkan geng aku yg ting-tong macam aku.. group ini digelar GENG MARKALISTIK..

MARKALISTIK???apa tu?? hahaha... MARKALISTIK- literally means gila markah..or in Technically,, empat orang sekawan yang gila markah di dalam kelas prophetic dimana mereka selalu berlumba-lumba utk buat perbentangan untuk mendapatkan markah yang meletoppss..hahahaha

Now,,let me introduce the founders of MARKALISTIK..hehehe

THE FOUNDER OF MARKALISTIK
Kumpulan ini tertubuh pada penghujung November 2011 yang pada awalnya kami malu-malu kucing dan tanpa disedari,,kami kini menjadi sahabat ...hehehehe.. 

Oh ya..kami ada kamus kami sendiri,,kami mereka perkataan baru yang berkaitan kami semua... dan akan di post selepas ini..huhuhu.. 

MARKALISTIK!!! miss you so much guys!!! :p