Tuesday, September 4, 2012

CERITA RAYA.. CERITAKU..

Assalammualaikum!! waahhh!! sudah agak lama tak up-date blog ni.. hehehe.. bukan malas.. tapi berkira-kira nak tulis entri yg sesuai..kih..kih..kih..

Dalam sedar tak sedar.. hari ni dah 16 hari kita di bulan Syawal.. Ohh!! Cepat betul masa berlalu.. Rasa baru semalam je dengar takbir raya..hehehe.. Tapi diriku ini amat rindu sekali pada Ramadhan.. Ramadhan yang lalu..yang aku lalui bersama-sama teman di kampus..disebabkan mengambil short sem.. Indah sungguh saat itu.. Tenang sekali.. 

Dan sekarang ni..aku rindu saat-saat bertarawih.. Tak dilupakan.. Ketika ambil final exam masa bulan puasa.. Lebih kurang dalam 4-5 hari nak raya dah masa tu.. Memang tak ada feel nak raya langsung.. Tapi diakui rasa nak balik rumah cepat je masa tu( haishh!!padahal tiap2 minggu aku balik rumah)wink3.. 

Raya tahun ni... Biasa-biasa sajorh!! Hehehe.. Bila dah besar ni,, Aku excited bila dapat gather dengan family.. Menjelajah rumah saudara-mara diserata Melaka..hahaha.. Makan sana,,makan sini.. Waahh!! Sangat teruja masa tu.. Tapi masih berpada..hahaha.. Duit raya?? hurmm,, Alhamdulillah..masih ada lagi yang sudi nak bagi.. hehehe


Masa ni dalam perjalanan ke rumah saudara-mara di Melaka..huhu


Ohh yaa!! Aku just nak berkongsi sedikit.. Tentang apa yang aku rasa masa Aidilfitri lepas.. Suatu rasa yang selama ini aku pendam, memang terluka sangat rasa tu, dan pada Aidilfitri yang lalu, aku ikhlaskan apa yang terjadi.. Memaafkan dengan ikhlas.. 

Bukan sebelum ini tak ikhlas, maksud yang cuba aku sampaikan adalah melupakan apa yang telah berlaku sepenuh hati.. Aku tak nak jadi orang yang zalim,,tinggalkan seseorang itu kerana kesilapan yang telah dia lakukan.. 

Walau hati terasa sedih sekali mengenangkan apa yang sudah terjadi,, tapi bila difikirkan kembali..pasti ada hikmahnya.. Aku menjadi lebih berhati-hati dan Allah beri yang lebih baik dari itu,, InsyaAllah.. :)

Ohh,,this weekend dah nak balik kampus dah.. Cepat masa berlalu, dan akan mula seperti biasalah kehidupan aku,, pergi ke kelas.. dan hujung minggu diisi dengan training suksis..Aigoo..hahaha


Pada hujung minggu yang lalu,, seperti kebiasaan sebelum pulang ke kampus, aku dan adikku akan menghabiskan masa bersama,, pergi ke kedai Jepun kegemaran kami.. Daiso@Sunway Pyramid.. hehee.. Tidak ketinggalan,, makan sushi!!!hehehe






Aku memang teringin nak makan sushi ni dari bulan puasa lagi,, habis semua orang aku pujuk ajak makan sushi,,tapi sorang pun tak nak layan.. Yelah,,bulan puasa orang sibuk nak makan makanan macam nasi ke, murtabak ke,, aku je yang gelong nak makan sushi.. Memang kempunan laa aku masa tu... Nasib baik tak merajuk bawa diri ke Batu Belah Batu Bertangkup..hehehe

Itu ajelah setakat ini,, buat rakan-rakan semua dan yang mengenali diri ini.. dikesempatan ini, Aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Maaf sekiranya ada perbuatan aku yang tak menyenangkan, Bergurau terlebih,,, Maaf dipinta.. Selamat Hari Raya.. :)