Tuesday, January 1, 2013

Al-kisah perginya 2012~~

Assalammu'alaikum!! hehehe... akhirnya dapat juga aku nak meng-update blog aku ni.. Hahaha.. Konon-kononya tak ada masa.. Hahaha,,tapi memang betul tak ada masa.. Semester yang hectic!! Ditemani dengan kehidupan yang agak berombak.. Haha ( Tak perlu nak metafora sgtlah!!)

Kini sudah perginya 2012 dan hadirnya 2013.. Dalam sedar tak sedar, mesti sudah banyak yang kita lalui dalam hidup kan?? Bagi aku sendiri, tidak perlu utk tunggu tahun baru kalau kita nak berubah lebih baik atau berazam itu ini.. Setiap hari kita boleh buat azam baru.. Hehe.. 

Apa-apa pun disini aku berkongsi sedikit pengalaman hidup aku sepanjang 2012.. Ada suka, ada duka.. Lumrah hidup kan?? Satu perkara yang tak dapat aku lupakan adalah melihat orang yang kita sayang terlantar sakit.. Memang terasa dunia ni kecil sangat masa tu,, Sedaya upaya aku tahan rasa  yang mencucuk-cucuk hati ini.. Tapi apakan daya, adakalanya aku tewas juga. Dalam pada waktu itu juga kenal orang-orang sekeliling aku.. 

Mungkin selama ini aku tak pernah rasa macam mana peritnya hidup dan Allah bagi aku ujian itu supaya aku beringat.. Teringat kata-kata seorang sahabat yg memberi semangat pada diriku ini:"Hidup ini tak semuanya indah, kalau indah semuanya apa yang kita nak claim dengan Allah dekat akhirat nanti".. Bersyukur sangat ada keluarga yang suppotive, kawan-kawan yang memahami dan juga diri sendiri yang tak pernah berhenti menyerah.. Menyerah untuk mencari kekuatan!! (Najha Izanim!! Sila semangat!!)  Hahaha..

2012,, mengingatkan aku untuk lebih bersedia melewati hari-hari yang mendatang dengan lebih cekal.. InsyaAllah tahun 2013 adalah tahun terakhir bergelar "undergradute student",, insyaAllah.. kita hanya merancang, Allah yg menentukan.. Doakan daku.. Doakan teman-teman seperjuanganku juga.. 

Dan dalam ketika ini, kami sedang menempuhi peperiksaan akhir bagi semester ini.. Nak ucapkan jutaan terima kasih pada sahabat-sahabat yang tersayang yang byk membantu.. Kin,Ika,Iman,Anis,Oni,Zura,Firdaus.. All the best korang!! Lepas ni mungkin aku akan rindu korang ketat-ketat.. LOL!! Encik senior Nabil yang rajin bg "nasihat"..hahahaha :p Dah berkerjaya jgn lupa kami kt sini..kahkahkah

Akhir kata dari aku,, apa-apa yang terjadi dalam hidup ini, walau ia cuma hanya sekecil zarah, hargailah..kerana mungkin ia sangat bermakna utk kita.. Semoga Allah melindungi kita dan saudara kita di serata dunia yang dalam kesusahan.. Ameen~~

No comments:

Post a Comment