Saturday, January 28, 2012

BERBICARA TENTANG HATI..

Kadang-kadang,, mata kita bisa berbicara tentang segala yang terbuku dalam diri ini.. jikalau kita gembira,,sedih,,susah hati..matalah yang mampu berbicara untuk mengungkapkan apa yang terbuku dalam jiwa kita.. bukan setakat itu saja,,mata juga boleh memberikan syarat sekiranya kita jatuh cinta dengan seseorang itu. Wahh!!

Memang benar,isyarat mata tak boleh kita tipu. Kerana dari matalah turunnya ke hati. Dan apabila ianya sudah berada dihati,tak ada satu pun yang bisa menghalangnya. Oleh itu,, Awas!!! Kita perlu sentiasa menjaga pandangan kita kerana mata boleh menjadi sumber dosa untuk kita. Kerana mata boleh mendatangkan fitnah dan kerana mata jugalah iman kita boleh kurang.

Tipulah kalau kita kata dalam hidup ini, kita tak pernah sukakan seseorang. Tipu sangatlahkan??  Kalau hati dah berbicara ayat-ayat cinta, berbunga-bungalah rasa diri ni. Betul tak?? Hati takkan akan pernah menipu kita.. sebenarnya apa yang terbuku dalam hati itulah sebenarnya apa yang kita rasa..betul tak?? Tujuan aku menulis entri ini bukan untuk mengajak kalian semua bercintan-cintun..hanya untuk berkongsi rasa..haha..

Aku pernah terbaca satu artikel kat satu laman sesawang ni, ia bercerita tentang perasaan. Dalam laman tu,si penulis blog memberitahu sekiranya kita sukakan sesorang itu, adalah lebih baik jika kita tak memberitahu orang itu, kerana apabila orang itu tahu akan perasaan yang kita rasa, Allah akan mengurangkan perasaan kita itu. Lebih baik jika kita luahkan pada Allah dan perasaan itu biarlah dalam kesederhanaan dan keikhlasan. Mungkin ada hikmahnya, sebab Allah nak kita jauhkan diri kita dari maksiat dunia ini.. cuba bayangkan kalau perasaan yang dibuai rasa bunga-bunga cinta itu kita luahkan kepada orang yang kita suka tu,,apa jadi agaknya ye??

Tak salah kalau kita sukakan seseorang itu, asalkan ia tidak membawa kepada jalan kesesatan. Biarlah rasa itu terbit kerana Sang Pencipta yang Agung dan bukannya kerana hal-hal yang membawa kepada kejahilan. Sesungguhnya Allah itu adalah pemilik hati kita, mintalah padanya agar dia memberikan hati ini kepada orang yang selayaknya yang dapat membimbing kita ke jalan-Nya, dan orang yang menakluk hati ini kerana-Nya. Hati manusia ini perlu selalu dibimbing dan kerana hati jugalah dapat memberi  gambaran mengenai siapa diri kita yang sebenarnya.

Ya!! Memang benar.. apabila kita dah mula terasa suka pada seseorang itu, mata akan mula mencari-cari peluang untuk melihat dia. Dia macam mana hari ni?? Baik-baik aje ke?? Haish,, rasa macam tak keruan je bila tak dapat lihat dia?? Jika begitulah yang kita rasa, seeloknya kita meminta pada Yang Esa untuk menjaga dia. Kita yang tak halal untuk dia ni tak layak untuk berbuat sedemikian..sebab ada yang paling layak. Tapi sekiranya hati kita sangat tersentuh melihat dia waima terdengar nama dia sekalipun,, berdoa saja pada Allah agar  dia sentiasa dilindungi dan diredhai oleh-Nya.

Kadang-kadang bila  kita terserempak dengan orang yang kita suka, kita jadi sangat malu. Kalau boleh nak lari je bila nampak dia..hehehe.. adess,, susah juga bila kita jarang sekali ada perasaan macam ini kan? Aku tak adalah meletakkan rasa ini terlalu tinggi dalam hidup sebab ada banyak lagi urusan penting yang perlu aku lakukan dalam hidup ini.

Ada waktunya kita terpaksa buat-buat seolah kita tidak mengerti apa yang cuba seseorang itu sampaikan pada kita. Sebab apa??sebab belum waktunya untuk semua itu dan sebab terlalu hormatkan orang itu sendiri. Pernah juga terjadi apabila ada sahabat sendiri meluahkan perasaan dia, aku menjadi kaku dan aku menangis. Aku tak mahu dia terjebak kepada perkara yang tak pasti kerana takut apa yang dia mahukan itu bukan takdirnya dan akhirnya dia kecewa. Pengakhiran cerita, aku menjauhkan diri darinya. Bukan aku kejam,,tapi aku turutkan kata hati.

Nak dijadikan akhir cerita, bila tiba waktu dan saatnya,, Allah pasti akan memberi rasa itu pada kita. Semua itu adalah kerja-Nya kerana Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Boleh jadi apa yang kita suka itu sebenarnya tidak baik untuk kita. Berdoalah pada Allah agar sentiasa dipelihara hati kita.Ameen 

2 comments: