Tuesday, March 27, 2012

SAHABAT/FRIEND/친구


Sahabat?? apa yang kita faham tentang sahabat?? Ada yg panggil kawan,, teman,, taulan dan sebagainya. Boleh dikatakan hidup ini tak akan lengkap tanpa sahabat?? Betul ke?? Sahabat itu tak semestinya terdiri dari kalangan orang luar, malah ahli keluarga kita seperti Ibu, Ayah, Kakak, Abang dan Adik-beradik kita boleh juga kita jadikan sahabat?? Tak gitu??

Apabila bercerita tentang sahabat..bermacam-macam yg terlintas di kotak fikiran kita..Ada sahabat yg ceria, penyayang,yg comel(hehehe)dan ada juga yg suka menyakat!! (Haipp!!) hehehe
Boleh dikatakan apabila kita dlm kesedihan,,sahabat-sahabat yg ceria inilah yg akan kita cari utk buat kita kembali tersenyum..hehehe..Nak sedih-sedih pun tak jadi sbb ada sahabat yg selalu buat kita tersenyum..hehee



Kadang-kadang,, kita mmg memerlukan sahabat sebagai tempat kita berkongsi suka dan duka.. Pastinya sahabat yg kita berkongsi itu adalah org yg paling kita percaya dlm hidup kita.. Sahabat yg baik adalah pendengar yg baik dan juga sebagai rujukan kepada segala permasalahan kita kita hadapi.. Sahabat bukan sahaja ada pada saat kita ketawa,,malah disaat kita menangis,,dialah yg menyeka air mata kita.. Sahabat yg baik adalah mereka yg saling melengkapi dan yg beri kita kekuatan.. Dialah yg akan betulkan kita sekiranya jalan yg kita pilih itu salah.. :)




Bila kita hidup bersahabat ni,,
pasti ada sisi lain yg boleh menyebabkan hubungan kita dgn sahabat terjejas..Apabila hal ini terjadi sedikit sebanyak menyebabkan kita rasa makin kurang serasi dgn sahabat kita.. Sekiranya terjadi perkara seperti ini, jika ada sesuatu yg menyebabkan kita sakit hati,, cepat-cepatlah kita buangkan rasa sakit hati kita pada sahabat tersebut.. Jika tidak,, boleh menyebabkan perkara yg tidak diingini berlaku.. Buangkan rasa marah dan benci, seeloknya kita bersikap tenang dan jangan sekali tanamkan rasa benci dan sakit hati pada sahabat itu.. Kalau kita ada buat dia merajuk atau terasa hati,, cepat-cepat kita minta maaf.. Hidup sbg manusia ini tidak pernah lari dari membuat kesilapan bukan??





Ada waktunya kita perlu memilih dalam bersahabat agar tidak menjerat diri kita.. Tidak perlulah kita memandang pada hartanya kalau dia bisa membawa kita ke arah kesesatan tetapi biarlah dia tidak berharta sekalipun,,asalkan dia mengingatkan kita tentang pahala dan dosa..Tetapi akan besar pahala yg kita perolehi sekiranya kita bersahabat dgn mereka yg terpesong ke jalan yg sia-sia dgn niat utk bawa dia kembali ke pangkal jalan.. InsyaAllah,, sekiranya niat kita baik.. Allah permudahkan segalanya..

Kepada sahabat yg disayangi,,

Friends are like ballons,,
If you let them go..
you can't get them back..
 I'm gonna tie you to my heart...
so,, I will never lose you.

Kepada anda yg mempunyai sahabat,, jgn lupa doakan kesejahteraannya didunia dan akhirat... Semoga sahabat yg Allah anugerahkan kpd kita itu adalah sahabat didunia dan akhirat kita.. Mudah-mudahan.. InsyaAllah..


With love,,


najhaizanim


4 comments:

  1. love u naj! bangga dpt jadi kawan naj :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehehe,,,kita ni manusia biasa je...bangga & seronok jd kwn anis jgk!!! saranghae!! <3

      Delete
  2. haaa..sedih.sedih datang la bilik.. wahahha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..insyaAllah...tp lps ni nk biarkan jd rahsia plak...hehehehe <3

      Delete